AIR MINUMAN BUBBLEBEE BY SHUIB OVERRATED? Ini pendapat & review jujur aku.
Muka teruja sebab berjaya beli Bubblebee dekat Mydin USJ1
Hello semua. Entri hari ini bertemakan 'review' pasal minuman brand Bubblebee. Sebelum tu, aku share about the company, Bubblebee adalah syarikat yang berpusat di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2020. dimiliki dan dikendalikan oleh Bubblebee Sdn Bhd serta mempunyai ibu pejabat korporatnya di Puchong, Selangor. Sehingga Januari 2021, syarikat ini mempunyai lebih daripada 27 cawangan dan kedai milik selebriti di 6 Negeri lain di Malaysia. Perniagaan ini dimulakan dengan percambahan idea dari empat (4) orang utama dalam syarikat tersebut, iaitu Shuib Sepahtu sendiri, Dato Ismail, Sheikh Faiz dan Puan Michelle Koh pada bulan September 2019.
Basically, produk yang diketengahkan oleh Bubblebee ialah madu dan boba, di mana agak baru di Malaysia. First outlet Bubblebee ialah di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Yang bestnya, setiap kali outlet baru dibuka, team Bubblebee akan edarkan kira-kira 100-200 cawan percuma untuk setiap hari pembukaan kedai baru. So, kalau ada outlet baru dekat area korang, jangan lupa untuk dapatkan free air or ice-cream tau!
Menu Bubblebee
Actually, aku dah lama nak try Bubblebee ni tapi, bila tengok orang review and share experience diorang membeli kena beratur panjang, aku jadi malas. Aku memang sejenis malas nak queue panjang semata-mata nak beli something yang not crucial. Ahad (semalam) bersamaan 16 Ogos 2021, aku pergi Mydin USJ1 untuk beli barang dapur and teringat Bubblebee ada outlet dekat situ dan berharap agar tidak beratur panjang and tidak ramai hahaha. Akan tetapi, tanggapan aku ternyata SALAH sama sekali. Kiosk Bubblebee as what I searched, biasanya buka jam 10:30 pagi, tapi kiosk dekat Mydin ni orang dah mula beratur sebelum 10:30 pagi weh! Aku beli barang dapur dulu sebab takut lauk basah abis, and aku abis beli barang 10:20 pagi. 10:25 pagi aku dah terpacak depan kiosk tu and dah ramai sangat padahal tak bukak lagi. Walaupun aku sampai awal, aku customer yang ke 24, customer first tu mungkin dah beratur sesudah subuh kot haha.
Keadaan depan kiosk Bubblebee Mydin USJ1 waktu aku sampai (pengsan sekejap)
Kali pertama dalam hidup aku, aku sanggup and tunggu 2 jam semata-mata untuk rasa air Bubblebee ni. Ayat yang aku ulang dalam hati sepanjang aku beratur "kalau tak sedap, tak worth aku beratur"
Sampai je depan cashier, excited sangat and terus order air 'Chocolate Brownies' and 'Caramelized Golden Honey Pearl'. Fun fact, malam sebelum aku gi Bubblebee ni, aku dok scroll menu Bubblebee dekat internet and lama aku fikir nak beli apa sebab taknak buat keputusan yang salah. 2 jam aku beratur so kene prepare awal-awal apa nak beli and yang nampak menggiurkan.
Kiri : Caramelized Golden Honey Pearl Kanan: Chocolate Brownies
Setelah 2 jam aku beratur panjang, aku berjaya membawa pulang 2 bekas air ini. Kalau beli 1 je, rugilah beratur lama. Total harga untuk 2 air ni lebih kurang RM26.00, and lagi sekali aku berkata dalam hati "kalau tak sedap, tak worth aku spend RM26 untuk ni je"
Taste air minuman Bubblebee
Aku akan review Chocolate Brownies dulu. SERIOUSLY, ini paling favourite antara dua air yang aku beli. Aku rate air chocolate ni 5/5 sebab aku memang peminat chocolate and rasa dia lagi sedap daripada Hazelnut Coco Tealive (jatuh ranking jadi no 2 dekat hati aku). Rasa chocolate dia pekat gile and more than rasa susu sebab tak kedekut. Aku memang suggest, siapa first timer pergi sana, you should try Chocolate Brownies ni. Tak try rugi ! Walaupun chocolate dia pekat, tapi dia tak manis sangat and tak muak. Worth RM14.00 aku untuk air ni, seriously memang worth !
Next, aku akan review Caramelized Golden Honey Pearl and for me aku rate 4.8/5. Rasa dia sedap weh cuma aku bukan peminat susu putih sangat that's why aku rate macamtu. Overall, aku memang boleh cakap RM12 worth untuk air kedua ni sebab rasa dia unik sangat. First time aku jumpa boba warna kuning and perisa madu sebab kebiasaannya boba warna hitam and manis gile aku tak suka boba hitam. Bubblebee punya pearl ni aku boleh puji bagi 5/5 sebab dia tak terlalu besar, tak terlalu keras, tak terlalu lembik, tak terlalu kembang macam dah direndam lama, pearl dia just nice elok kenyal and rasa madu tu pure. Pearl Bubblebee ni memang fresh rasa dia. Aku kalau minum air boba dekat tempat lain, selagi boleh aku elak pearl dia sebab muak, tapi Bubbleebee punya pearl memang terbaik and very original. Susah nak jumpa macamni, even pearl dalam air family mart aku reject sebab lembik and besar sangat, even tealive punya pun aku tak suka sangat sebab terlalu kenyal tak menarik nak mengunyah lama-lama. Serious korang kena try any Honey Pearl dekat Bubblebee ni. Rasa dia exotic.
In a nutshell, wajarlah air Bubblebee ni diberikan 5/5 untuk rasa air yang unik and sedap. Cuma, untuk servis dekat outlet aku ni kureng sebab slow sangat. Pekerja ramai tapi slow. Aku pun tak tahu macammana manager dia manage this outlet. Hope kalau manager dia baca entri ni, dia kena bangkit dari tidur yang lena sebab sekarang business diorang tengah maju, jangan sebabkan servis slow orang lari takmau datang. Rugi sangat-sangat sebab air minuman diorang boleh pergi jauh tapi jangan patahkan impian dek kerana kualiti servis tiada. Tak logik beratur sampai 2 jam padahal aku orang ke 24 je pun. Paling lama sepatutnya seorang customer tu berdiri adalah 1 jam sahaja.
So itu sahaja untuk entri kali ini. Kalau korang tanya aku akan repeat ke tak, Ofcourse aku akan repeat
tapi pakai GrabFood or FoodPanda jela. Malas nak beratur. Haha. Hope korang enjoy membaca. Any suggestion let me know on the comment sections okie?
Aku Yang Beli Engkau Yang Terliur





Comments
Post a Comment