Posts

Showing posts from August, 2021

20 MINIT RESIPI NASI AYAM PALING PANTAS ! Semudah ABC..

Image
  Gambar Sekadar Hiasan Hai semua, ada yang menunggu posting aku ke? Ada yang tertanya aku pi mana ke sebab lama tak share entri. Sebenarnya, kebelakangan ni aku busy dengan assignment and submission. Even sekarang pun tengah pulun untuk presentation tapi insist jugak nak update blog.  Untuk entri kali ni, aku nak share resipi nasi ayam versi aku sendiri. Jangan pulak ada yang kecam kenapa resipi aku tak sama dengan korang. Masing-masing ada cara tersendiri janji ending rasa nasi ayam bukan nasi minyak HAHA. Aku craving nak nasi ayam hari Rabu lepas dan nak masak nasi ayam bersempena menyambut result aku semester lepas yang cemerlang. Alhamdulillah. Mula-mula nak order je dekat TCRS tapi bila fikir, tak puaslah order lebih baik masak sendiri. Resipi nasi ayam ni aku ni resipi turun temurun dari kakak aku. Dia memang power memasak. Even dalam adik-beradik, masakan dia memang power kalau siapa yang makan mesti terduduk kekenyangan. Aku akan share satu persatu resipi dari nasi se...

RESIPI UDANG PALING SIMPLE DAN SEDAP. Wajib Cuba!

Image
"Walaupun nampak tak menyelerakan tapi percayalah, rasanya sedap" Entri hari ini aku just nak share resipi. Mak suruh aku masak lauk udang jadi, aku decide nak masak lauk simple sebab aku malas and parents aku suka lauk ni. Nama resipi ni "Udang Masak Cili Thai". Sebenarnya resipi ni adalah olahan daripada sambal udang cuma ditambah beberapa bahan untuk improve rasa. Jom aku share resipi. Bahan-Bahan : - 100 gm udang  - 4 sudu besar cili kisar  - 2 sudu besar sos cili (aku suggest sos cili Thai) - 2 sudu besar sos tiram  - 2 sudu besar sos ikan (optional) - 1/2 cawan air  - 1 biji bawang besar (dikisar) - 2 ulas bawang putih (dikisar) - 2 helai daun limau purut (optional) Cara-Cara : 1. Mula-mula, panaskan minyak tumis bawang besar and bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau. 2. Selepas itu, baru masukkan cili kisar and tumis sekali sehingga pecah minyak. Ini tips dari mak aku untuk bagi sambal sedap. Tumis dua jenis bawang tu dulu, kemudian baru masukkan...

AIR MINUMAN BUBBLEBEE BY SHUIB OVERRATED? Ini pendapat & review jujur aku.

Image
    Muka teruja sebab berjaya beli Bubblebee dekat Mydin USJ1 Hello semua. Entri hari ini bertemakan 'review' pasal minuman brand Bubblebee. Sebelum tu, aku share about the company, Bubblebee  adalah syarikat yang berpusat di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2020. dimiliki dan dikendalikan oleh Bubblebee Sdn Bhd serta mempunyai ibu pejabat korporatnya di Puchong, Selangor.  Sehingga Januari 2021, syarikat ini mempunyai lebih daripada 27 cawangan dan kedai milik selebriti di 6 Negeri lain di Malaysia.  Perniagaan ini dimulakan dengan percambahan idea dari empat (4) orang utama dalam syarikat tersebut, iaitu Shuib Sepahtu sendiri, Dato Ismail, Sheikh Faiz dan Puan Michelle Koh pada bulan September 2019.  Basically, produk yang diketengahkan oleh Bubblebee ialah madu dan boba, di mana agak baru di Malaysia. First outlet Bubblebee ialah di   Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Yang bestnya, setiap kali outlet baru dibuka, team Bubblebee akan edarkan  k...

PINJAMAN BOLEH UBAH UNTUK PELAJAR IPT? Pengalaman Mohon Peduli Siswa

Image
  Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam Entri kali ini, aku akan share pasal pengalaman aku mohon Pinjaman Boleh Ubah Kerajaan Negeri Selangor/Peduli Siswa. Kenapa aku letak gambar bangunan dekat atas tu? Sebabnya, dekat situlah kenangan tercipta. Dekat situlah aku pi interview untuk permohonan pinjaman ni. Aku akan cite one by one okay.  Sebelum tu, korang kena faham apa itu pinjaman boleh ubah? Apa yang dimaksudkan dengan pinjaman boleh ubah? Pinjaman boleh ubah ni bermaksud pinjaman yang boleh diubah kadar bayarannya mengikut syarat yang ditetapkan even certain tempat, pinjaman ni boleh diubah terus menjadi biasiswa dengan syarat-syarat tertentu contohnya : syarat result/CGPA mesti cemerlang dengan ketetapan CGPA tertentu akan diberi potongan harga etc. Pengalaman Mohon  Aku mohon pinjaman ni untuk pengajian sarjana muda/degree (kos rahsia dekat mana pun rahsia). Mesti ada yang tertanya kenapa degree baru nak mohon? Sebelum degree siapa tanggung? Seb...

TRICK DAPAT VAKSIN & PENGALAMAN VAKSIN COVID-19 : Tiru Cara Ayda Jebat Terus Dapat Appointment

Image
  " Macam mana boleh jadi pro-vaksin? Ada keberanian nak ambil vaksin? "  Jawapan aku mudah je. Vaksin ni kita dah consume dari kita lahir. Setiap bulan mak abah bawak check-up waktu kecil dulu antara sebabnya nak ambil vaksin BCG la, Hepatitis B la. Banyak vaksin yang aku dah ambil sebelum ni. Even waktu aku belasan tahun pun aku dah ambil vaksin HPV cegah kanser serviks. Even nak pergi umrah dulu pun wajib ambil vaksin untuk meningkatkan imunisasi.  Okay, nak start cerita ni. Aku mohon vaksin lama dah (dalam bulan Februari 2021). Lama jugak aku tunggu hari-hari buka MySejahtera tengok dapat appointment tak. Menunggu tarikh appointment ni aku ibaratkan menunggu kekasih sebab setia hari-hari tunggu perkhabaran hahaha. Aku duduk Selangor tau so semua jenis vaksin waktu tu dah available dekat negeri Selangor, Astrazeneca la Pfizer la Sinovac la tapi nama aku tetap sendu tak dipanggil temujanji.  For your information, Astrazeneca paling payah nak dapat sebab kena berebu...

JANGAN RISAU KALAU RATING SHOPEE BURUK ! Ini Tips Nak Dapatkan Order di Shopee

Image
"Alamak tiba-tiba je ada yang bagi rating dekat Shopee padahal dah pos barang laju, semalam order harini kita dah pos, kenapa dapat 3 star je ni?" Pernah tak korang as Shopee Seller jadi macamni? Stresskan?! Ye, itulah yang aku hadap semalam bila tengok ada customer yang rate product aku 2 star je.  Aku jual baju kelawar and ada banyak range. Ada yang murah quality biasa je, ada yang agak pricey tapi quality memang setanding butik la. Customer yang rate 2 star tu beli yang murah quality biasa. Seriously 2 star tu sangat kejam bagi aku. Kalau quality tu tak menepati citarasa, pertimbangkanla dari sudut servis seller and as customer tak bolehlah expect harga RM10 tapi quality nak tebal and cantik macam butik. Aduhai..Semalam memang down teruk sebab 2 star tu kejam sangat macam shop aku ni problematic sungguh.  Setelah berjam-jam aku share keluhan aku dekat kenalan rapat, ada nasihat dia yang aku macam tersentak sikit. Pesanan dia berbunyi "Kau kena faham, orang Malaysia ni...