20 MINIT RESIPI NASI AYAM PALING PANTAS ! Semudah ABC..
Gambar Sekadar Hiasan
Hai semua, ada yang menunggu posting aku ke? Ada yang tertanya aku pi mana ke sebab lama tak share entri. Sebenarnya, kebelakangan ni aku busy dengan assignment and submission. Even sekarang pun tengah pulun untuk presentation tapi insist jugak nak update blog.
Untuk entri kali ni, aku nak share resipi nasi ayam versi aku sendiri. Jangan pulak ada yang kecam kenapa resipi aku tak sama dengan korang. Masing-masing ada cara tersendiri janji ending rasa nasi ayam bukan nasi minyak HAHA. Aku craving nak nasi ayam hari Rabu lepas dan nak masak nasi ayam bersempena menyambut result aku semester lepas yang cemerlang. Alhamdulillah. Mula-mula nak order je dekat TCRS tapi bila fikir, tak puaslah order lebih baik masak sendiri.
Resipi nasi ayam ni aku ni resipi turun temurun dari kakak aku. Dia memang power memasak. Even dalam adik-beradik, masakan dia memang power kalau siapa yang makan mesti terduduk kekenyangan.
Aku akan share satu persatu resipi dari nasi sehingga kuah okay?
BAHAN-BAHAN :
- 3 pot beras
- Ayam siap dipotong
- Sup Bunjut
- 2 inci halia
- 1 1/2 labu bawang putih
- 1/2 biji bawang besar / 5-6 biji bawang merah
- Kulit kayu manis (Optional)
- Bunga lawang (Optional)
- Sos Tiram
- Kicap Manis
- Daun Sup (Optional)
- Gula Perang/Brown Sugar/Madu (Optional)
- Cili Merah
- Cili Padi Merah
- Tomato
- Perahan Limau Kasturi
- Gula
- Garam
YANG PERTAMA : Resipi Sup
1. Kisar 3-4 ulas bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Tumis bahan yang telah dikisar,bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
3. Masukkan air dan sup bunjut (air banyak pun takpe sebab untuk dijadikan stok ayam) kemudian biarkan air mendidih, bila dah mendidih masukkan ayam, rebus sehingga masak.
4. Keluarkan ayam dan perasakan sup dengan garam.
5. Tabur daun sup.
YANG KEDUA : Resipi Nasi
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi
2. Sukat air rebusan ayam tadi bergantung pada sukatan nasi. 1 cwn nasi, 1 1/2 cawan air rebusan. Kalau rajin ambil sekali bunga lawang dengan kulit kayu manis dalam sup tu campak masuk dalam periuk nasi jugak.
3. Tambah garam jika perlu (usually aku tak buat sebab tadi sup dah siap2 letak garam)
4. Tambahkan sikit serbuk kunyit kalau nak nasi berwarna. Langkah ni optional.
YANG KETIGA : Resipi Perapan Ayam
1. Letak ayam yang telah direbus ke dalam bekas
2. Perapkan sos tiram, kicap, gula perang (kalau takde gula biasa pun takpe) dan sedikit garam (jangan banyak sebab sos tiram dah masin). Bahan perapan tu korang agak-agak je nak letak banyak mana.
3. Setelah diperap selama 15-30 minit, bolehlah menggoreng. Bahan perapan dalam bekas tu jangan buang ye sebab kita akan gunakan untuk buat kicap.
YANG KEEMPAT : Resipi Kicap
1. Ambil perapan ayam tadi dan tuang ke dalam kuali.
2. Tuang sedikit sup/stok ayam ke dalam kuali.
3. Buka api dan biarkan mendidih. Dah mendidih, tutup api dan boleh hidang.
YANG KELIMA : Resipi Cili
1. Kisar cili merah, cili padi merah, 1 labu bawang putih, dan tomato menggunakan air stok ayam.
2. Masukkan bahan kisar dan biarkan mendidih.
3. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula.
4. Tutup api dan tuang air perahan limau kasturi. Perahan limau jangan letak awal nanti dia ada 'after taste'
(Resipi Cili ni secret ingredient untuk nasi ayam yang sedap. Memang padu sebab pure and tak pakai cuka buatan)
Kalau korang perasan, stok ayam memang perlu banyak sebab setiap resipi pakai stok ayam. Seriously resipi aku ni memang takde pakai food preservative macam cuka or kiub pati ayam. Memang pure and cepat. Hope resipi ni membantu korang untuk buat nasi ayam dengan pantas. Siapa kata nasi ayam renyah? No lah! Tipu je. Aku masak 20 minit semua settled.
Itu sahaja dari aku. Happy Weekend!

Comments
Post a Comment