PINJAMAN BOLEH UBAH UNTUK PELAJAR IPT? Pengalaman Mohon Peduli Siswa

 

Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam

Entri kali ini, aku akan share pasal pengalaman aku mohon Pinjaman Boleh Ubah Kerajaan Negeri Selangor/Peduli Siswa. Kenapa aku letak gambar bangunan dekat atas tu? Sebabnya, dekat situlah kenangan tercipta. Dekat situlah aku pi interview untuk permohonan pinjaman ni. Aku akan cite one by one okay. 

Sebelum tu, korang kena faham apa itu pinjaman boleh ubah? Apa yang dimaksudkan dengan pinjaman boleh ubah? Pinjaman boleh ubah ni bermaksud pinjaman yang boleh diubah kadar bayarannya mengikut syarat yang ditetapkan even certain tempat, pinjaman ni boleh diubah terus menjadi biasiswa dengan syarat-syarat tertentu contohnya : syarat result/CGPA mesti cemerlang dengan ketetapan CGPA tertentu akan diberi potongan harga etc.

Pengalaman Mohon 
Aku mohon pinjaman ni untuk pengajian sarjana muda/degree (kos rahsia dekat mana pun rahsia). Mesti ada yang tertanya kenapa degree baru nak mohon? Sebelum degree siapa tanggung? Sebenarnya, sebelum aku masuk degree, aku masuk asasi dulu dekat salah satu institut pengajian tinggi awam dekat Malaysia. Waktu asasi, aku dapat bantuan asasi jadi tiada masalah, institut pengajian yang bayar and aku perlu fikir duit poket dengan perbelanjaan harian jela.

Aku mohon 2018, 4 tahun yang lepas and boleh jadi sekarang sistem atau cara dah berbeza, lagi-lagi sekarang pandemik tak boleh face to face interview. Aku terbaca pasal TKWBNS (Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor) dekat website untuk baca syarat kelayakan. Bila baca, aku layak untuk mohon so aku pun daftar online isi butiran semua. Tekan Sini Untuk Tahu Syarat Kelayakan

Selepas isi butiran, pihak TKWBNS akan bagi borang dalam bentuk PDF untuk dilengkapkan. Tak semudah yang disangka. Proses pengisian borang ni memerlukan korang untuk keluar dari rumah berjumpa dengan ramai orang dan banyak tempat kena pergi. Mula-mula, bila aku dah print  and isi borang tu,, apa yang aku kena sediakan adalah bermacam jenis salinan contohnya, salinan IC, surat beranak, surat dari universiti and macam-macam lagi la. Lepas sediakan salinan (photostat) yang diperlukan, aku kena pergi pejabat daerah nak mintak cop pengesahan penghulu untuk salinan-salinan tu menunjukkan kesemuanya asli daripada asal. Make sure bila nak mintak cop untuk pengesahan, bawak original document untuk ditunjukkan kepada pihak yang nak sign tu. Sebenarnya, tak semestinya kena minta cop penghulu, kadang-kadang lawyer atau ADUN pun boleh. Nanti bila korang dapat borang daripada pihak TKWBNS, korang baca dulu siapa yang boleh sahkan salinan tu. Korang boleh pilih yang mana yang mudah korang nak jumpa. Kalau ada saudara terdekat lawyer ke, boleh je minta tolong. Hehe. Tekan Sini untuk Baca Tentang Peduli Siswa

Lepas dah minta cop pengesahan, kena pulak pergi LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk mintak cop matikan setem hasil dekat borang PDF tu. Selalunya borang-borang biasiswa atau permohonan memang akan ada ruang setem hasil korang kena pergi LHDN minta diorang copkan dan ADA BAYARAN untuk dapatkan cop DUTI SETEM tu. LHDN akan cop borang yang LENGKAP SAHAJA sebab diorang sangat strict. Kalau borang tak lengkap diorang akan reject. Sebelum pergi, check betul-betul borang lengkap tak, kalau tak sia-sia je. 

Contoh Cop Setem Hasil (LHDN)

Bila borang dah selesai, kena pergi hantar dekat pejabat SUK Negeri Selangor. Settle part borang. Waktu aku dulu, untuk settlekan borang makan masa 1 minggu. Lepas selesai, tunggu sahajalah tarikh interview. Selalunya, akan diupdate di website. Kena rajin tengok bila tarikh dan tempat interview.

Pengalaman dan Persediaan Interview
Sejujurnya, takde persediaan khusus pun aku pergi dulu. Pakai redah je. Ramai juniors yang tanya waktu interview, soalan apa yang akan ditanya? Aku akan cerita pengalaman aku. Panel yang tanya aku tu, suka provoke. Dia akan provoke sampai kau tak yakin lepastu cuak. Antara soalannya :

- Kenalkan diri anda/awak. Tolong jangan cliche bila dapat soalan ni dengan bagitau nama, umur sebab benda tu diorang boleh refer sendiri dekat borang korang. Actually, diorang bukan nak tahu tu. Sebenarnya soalan ni panel nak tahu apa kelebihan korang ada yang korang boleh offer. Contohnya : Saya mempunyai prestasi akademik yang baik dan konsisten etc 
- Kenapa awak rasa awak layak dapat pinjaman ni. Time aku dapat soalan ni, aku kene provoke pasal pendapatan family. Panel provoke dengan soalan "Pendapatan ibu dan ayah awak ni cukup nak tanggung awak. Ramai lagi yang perlukan" padahal pendapatan family aku tak banyak sebab both of my parents are pensioners. So memang kene berdebat dengan ilmiah la dan jangan emosi ya.
-Nyatakan daerah-daerah di Negeri Selangor. Soalan ketiga selalunya GENERAL KNOWLEDGE tentang Selangor. 
1. Nama Sultan Selangor.
2. Daerah di Selangor.
3. Mukim di Selangor. 
4. Sejarah Selangor.
Banyak lagi benda diorang boleh tanya, so be prepared jelah. Ramai yang tak dapat jawab soalan ketiga ni. Jadi, sesiapa yang nak pergi interview pinjaman bolehlah take note.

Lepas interview. Rajinkan tengok tarikh keputusan permohonan dekat website okay. Kalau dapat, pihak TKWBNS akan call and mintak korang hadirkan diri untuk settle up few more things with them. Most of them borang je and ada briefing.

Apa-apapun, usahalah untuk dapatkan duit pembiayaan pelajaran supaya dapat meringankan beban keluarga. Belajar sungguh-sungguh dan kekalkan momentum study supaya pinjaman ni boleh berubah menjadi biasiswa. Tak payahlah bayar after graduate and hati senang. Bagi aku, experience mohon pinjaman ni bernilai sebab merasa susah-payah and penat lelah settlekan borang. Lepasni, tak kekok lagi kalau kena pergi pejabat daerah etc. Dah tahu selok-belok. 

Itu sahaja sharing aku untuk kali ini. Kalau korang nak share experience or nak suggest something just drop your comments dekat bawah okay? Hope entri ni membantu yang nak mohon pinjaman especially pinjaman Peduli Siswa ni. Thank you for reading and All the best! 

p/s : Ini adalah sharing based on pengalaman author 2018, sebarang perubahan tertakluk kepada pihak SUK Negeri Selangor. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JANGAN RISAU KALAU RATING SHOPEE BURUK ! Ini Tips Nak Dapatkan Order di Shopee

TRICK DAPAT VAKSIN & PENGALAMAN VAKSIN COVID-19 : Tiru Cara Ayda Jebat Terus Dapat Appointment

AIR MINUMAN BUBBLEBEE BY SHUIB OVERRATED? Ini pendapat & review jujur aku.