RESIPI UDANG PALING SIMPLE DAN SEDAP. Wajib Cuba!
Entri hari ini aku just nak share resipi. Mak suruh aku masak lauk udang jadi, aku decide nak masak lauk simple sebab aku malas and parents aku suka lauk ni. Nama resipi ni "Udang Masak Cili Thai". Sebenarnya resipi ni adalah olahan daripada sambal udang cuma ditambah beberapa bahan untuk improve rasa. Jom aku share resipi.
Bahan-Bahan :
- 100 gm udang
- 4 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili (aku suggest sos cili Thai)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan (optional)
- 1/2 cawan air
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 helai daun limau purut (optional)
Cara-Cara :
1. Mula-mula, panaskan minyak tumis bawang besar and bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu, baru masukkan cili kisar and tumis sekali sehingga pecah minyak. Ini tips dari mak aku untuk bagi sambal sedap. Tumis dua jenis bawang tu dulu, kemudian baru masukkan cili. Mak aku blend pun asing, dia memang suruh elakkan cili kering, bawang putih and merah diblend sekali. Kalau nak tahu sambal tu elok masak, warna dia akan bertukar merah gelap.
3. Setelah pecah minyak, masukkan udang dan gaulkan sampai half-cook.
4. Masukkan daun limau purut,sos cili,sos ikan dan sos tiram ke dalam masakan.
6. Masukkan air kalau terlalu pekat. Sebelum tu kecilkan api dulu.
7. Kalau nak lagi sedap,tambahlah apa-apa rampai yang anda teringin contohnya petai.
Resipi ni pun sesuai untuk beginner yang baru nak masak. Kenapa aku kata sesuai untuk beginner? Sebabnya udang adalah lauk yang cepat masak dan paling mudah untuk 'over cooked", jadi kena hati-hati. Even aku dulu mula-mula belajar masak, aku berjinak dengan udang dengan sotong lepastu dah pandai handle dapur baru try ayam, daging and ikan. Btw, resipi ni sangat mudah sebab campak-campak je jadi. Sekian sahaja sharing untuk hari ini. Hope membantu korang.

Comments
Post a Comment