JANGAN RISAU KALAU RATING SHOPEE BURUK ! Ini Tips Nak Dapatkan Order di Shopee

"Alamak tiba-tiba je ada yang bagi rating dekat Shopee padahal dah pos barang laju, semalam order harini kita dah pos, kenapa dapat 3 star je ni?"

Pernah tak korang as Shopee Seller jadi macamni? Stresskan?! Ye, itulah yang aku hadap semalam bila tengok ada customer yang rate product aku 2 star je. 

Aku jual baju kelawar and ada banyak range. Ada yang murah quality biasa je, ada yang agak pricey tapi quality memang setanding butik la. Customer yang rate 2 star tu beli yang murah quality biasa. Seriously 2 star tu sangat kejam bagi aku. Kalau quality tu tak menepati citarasa, pertimbangkanla dari sudut servis seller and as customer tak bolehlah expect harga RM10 tapi quality nak tebal and cantik macam butik. Aduhai..Semalam memang down teruk sebab 2 star tu kejam sangat macam shop aku ni problematic sungguh. 

Setelah berjam-jam aku share keluhan aku dekat kenalan rapat, ada nasihat dia yang aku macam tersentak sikit. Pesanan dia berbunyi "Kau kena faham, orang Malaysia ni rambut semua hitam hati lain-lain". Aku cuba digest apa yang dia nak sampaikan. Lama jugak nak interpret nak kaitkan dengan situation business aku ni. Dia explain in details "Kekadang orang ni macam-macam perangai. Kau jual baju kualiti biasa harga murah tapi bukan baju koyak. 2 star tu tak wajar sebab baju tu still boleh pakai. 2 star tu secara logik adalah untuk yang dapat barang pecah ke, koyak ke, rosak ke...maksudnya customer tu iri hati la dengan kau sebab rating banyak puas hati dengan servis kau dia saje nak mencemarkan nama baik shop kau. Cyberbully.."

Setelah lama aku berfikir, kenapa aku nak bersedih lama sangat sebab dalam 10 orang 1 je yang macamtu.Betullah tak semua orang hati baik dan positif boleh bertoleransi. Jadi, aku decide untuk teruskan semangat je teruskan jual. Secara logik, customer boleh pilih yang mahal untuk quality setanding butik cuma tersalah buat pilihan, pilih yang murah demanding quality bertaraf antarabangsa hahaha. 

Jadi, untuk Shopee Seller yang baru ke yang lama ke, teruskan usaha..Biasalah dalam setandan pisang tak semuanya busuk. Stay positive..Jom aku share tips yang aku buat untuk tarik pelanggan 

1. Pastikan Shop Decoration menarik & Bertema

Macam aku, shop aku bertemakan warna purple dan setiap gambar product aku kalau perasan ada frame and design yang sama. Gambar product pun penting untuk tarik perhatian customer tapi jangan terlalu bright tau sebab sakit mata. Biar sejuk mata memandang je. hihi


Ini shop aku kalau dekat Shopee. Nak usha boleh tekan link

2. Rajin join Program Shopee

Okay, kalau korang yang baru nak meniaga dekat Shopee, korang kena faham yang bila meniaga dekat E-Commerce akan ada commission yang pihak E-Commerce akan caj dekat kita. Kira sewa tapakla. Kalau korang jual barang and letak harga RM10, korang takkan dapat RM10 ye. Korang akan dapat kurang daripada tu sebab ada caj dari pihak Shopee. Kalau korang join Shopee Seller Programme lagi tinggi commission. Contoh program yang ada yang paling famous is FREE SHIPPING PROGRAMME. Customer suka la sebab tak payah bayar shipping tapi agak perit as seller sebab untung akan sikit sebab commission tinggi bila join program mcmni. Belum lagi comission jadi preferred seller, lagi tinggi ! So kene hati-hati bila nak join, kene kira betul-betul profit margin korang okay! Nanti rugi pulak.

3. Rajinkan buat Discount Promotions atau Bagi Voucher dekat customer.

Ini pun another way nak tarik perhatian customer, korang boleh set discount or voucher untuk customer korang. Nanti try godek-godek dekat Shopee Seller Centre > marketing centre > marketing tools. PERHATIAN : Untuk Discount Promotions, korang boleh setting a week after product tu published. Kalau korang baru publish lepastu buat terus discount, product korang boleh dikenakan tindakan sebab dikira violations. HATI-HATI tau !


4. Disiplin dengan Date of Shipment

Untuk point keempat ni, setiap order yang masuk akan ada tempoh pengeposan yang ditetapkan. Tempoh bergantung dengan barang yang korang jual sama ada Ready Stock atau Pre-Order. Kalau korang mampu, cubalah pos konsisten setiap hari lagi-lagi yang jenis order banyak. Kalau tak mampu hari-hari, tetapkan setiap minggu hari apa akan keluar pergi pos dan inform dekat customer di ruangan chat. Kalau aku, memang aku akan bagitau bila pos supaya customer tak menunggu sebab kena faham ada jenis customer tak faham bahasa and tak menyabar beli barang harini, harini jugak dia nak benda tu sampai. Kalau kita inform atleast sempat customer tu nak cancel and takdelah maruah shop kita tercalar dapat 1 Star hahaha.

5. Rajinkan jari tekan Boost/Bump product every 4 Hours

Teknik ni memang seller selalu tinggal and malas nak buat. Lepastu marah kenapa order tak masuk. Jangan macamtu ye. Boost Product penting every 4 hours kena boost. Cara dia pergi Shopee Seller Centre > My Products > More > Bump Now




Sekian sahaja ceritera and sharing aku. Kalau dah cuba macam-macam tapi customer still nak bagi 1 STAR, tu bukan seller bermasalah tetapi buyer yang problematic. Jangan mudah putus asa, cuba je ikhtiar mana boleh. Janji jual benda yang HALAL ya, jangan jual benda bukan-bukan baru rezeki berkat dan Insyaallah tak putus. Okay selamat beristirehat semua and Happy weekend

Comments

  1. Bagus la content awak. Semoga berjaya dalam bisnes !

    ReplyDelete
  2. Memang tercari-cari maklumat tentang shopee ni sebenarnya. Terima kasih sis sudi berkongsi tips n trick untuk seller. Semoga sis dikurniakan rezeki berlimpah-ruah asbab tidak lokek ilmu.

    ReplyDelete
  3. bagus aa ilmu ni! SANGAT MEMBANTU seller2 shopee yang baru nak up ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRICK DAPAT VAKSIN & PENGALAMAN VAKSIN COVID-19 : Tiru Cara Ayda Jebat Terus Dapat Appointment

AIR MINUMAN BUBBLEBEE BY SHUIB OVERRATED? Ini pendapat & review jujur aku.