TRICK DAPAT VAKSIN & PENGALAMAN VAKSIN COVID-19 : Tiru Cara Ayda Jebat Terus Dapat Appointment
"Macam mana boleh jadi pro-vaksin? Ada keberanian nak ambil vaksin?"
Jawapan aku mudah je. Vaksin ni kita dah consume dari kita lahir. Setiap bulan mak abah bawak check-up waktu kecil dulu antara sebabnya nak ambil vaksin BCG la, Hepatitis B la. Banyak vaksin yang aku dah ambil sebelum ni. Even waktu aku belasan tahun pun aku dah ambil vaksin HPV cegah kanser serviks. Even nak pergi umrah dulu pun wajib ambil vaksin untuk meningkatkan imunisasi.
Okay, nak start cerita ni. Aku mohon vaksin lama dah (dalam bulan Februari 2021). Lama jugak aku tunggu hari-hari buka MySejahtera tengok dapat appointment tak. Menunggu tarikh appointment ni aku ibaratkan menunggu kekasih sebab setia hari-hari tunggu perkhabaran hahaha. Aku duduk Selangor tau so semua jenis vaksin waktu tu dah available dekat negeri Selangor, Astrazeneca la Pfizer la Sinovac la tapi nama aku tetap sendu tak dipanggil temujanji.
For your information, Astrazeneca paling payah nak dapat sebab kena berebut dekat website jadi, memang aku antara yang berebut tapi apakan daya. kau bayangkan kena berebut dengan semua warga Selangor lepastu memang jem la website end up aku tak dapat.
Sekian lama aku menunggu and dah pasrah dah dapat vaksin apa pun takpe sebab pada awalnya aku berharap sangat kalau boleh nak Astrazeneca (nak sama dengan mak). Sampailah satu hari tu, aku nampak member aku buat status Whatsapp dia dapat appointment vaksin and caption dia lebih kurang macamni "Alhamdulillah trick menjadi". Aku terus private message "Weh, ada trick ke nak dapat cepat?" Dia jawab "Aah, cuba kau try cara Ayda jebat." and selepas itu dia bagi link satu post Instagram Ayda Tekan Sini
Bagi aku, sebenarnya bukanlah trick hebat sangat sampai potong line orang lain. Actually, kalau korang tekan link tu secara generalnya, kena kemaskini butiran peribadi korang dekat MySejahtera. Kena rajin update.
Keberkesanan trick tu aku boleh cakap 70% la based on observation and area korang duduk. Ada je member aku try sampai sekarang tak dapat appointment. So nak kata accuracy trick ni 100% tu taklah tapi korang boleh ikhtiar je lagi-lagi yang jenis banyak contact or exposure dengan orang luar or tempat selain rumah.
Aku try trick tu 15 Julai 2021 (based on conversation aku dengan member) aku terus dapat tarikh on 17 Julai 2021 and appointment aku 19 Julai 2021. Nasib tempat vaksinasi tu dekat je hahaha.
Pengalaman First Dose
Appointment vaksin aku dekat Klinik Mediviron Seksyen 22 Shah Alam and aku dapat vaksin type Pfizer. Kiranya bukan pusat PPV la. Kelebihannya, tak bersesak tapi kekurangannya, bila ambil vaksin Covid-19 ni selain dari PPV, proses agak slow sebab sebelum balik kena dengar briefing, kena scan QR code yang kau dah vaksin, kau bayangkan kaunter ada 2 je tapi yang vaksin dalam 10 orang time aku pergi. Lama bukan sebab nak jumpa doktor tapi nak tunggu giliran briefing tu. Macam dekat PPV briefing tu laju, even jumpa doktor pun laju. PPV kau datang awal dari masa pun boleh terus kena cucuk. Macam dekat klinik paling awal kau boleh daftar setengah jam sebelum masa ditetapkan. Overall, servis klinik tu mantap je nurse doctor pun baik siap offer ambilkan gambar aku lagi (gambar kiri tu nurse ambilkan)
Side effect first dose aku agak teruk berbanding second dose. Lepas first dose aku terus rasa mengantuk teramat yang memang tak boleh tahan. Tangan kebas tu biasa la en sebab kene injection. Malam lepas first dose tu, aku dah rasa badan aku kejap nak demam kejap berpeluh lepas tu nak demam balik. Aku boleh cakap badan aku macam dalam fasa "nyanyuk" dia tak tahu apa dia nak sebenarnya hahaaha. Last skali side effect yang aku dapat ialah cirit-birit. Berapa kali aku gi tandas and warna najis aku pun hitam. Terkejut aku.
But the next day okay je makin baik and back to normal. DISCLAIMER : Side Effect Vaksin tak sama untuk setiap orang.
After Second Dose
Kalau kau tanya aku pasal sakit tak kena cucuk, jawapan aku ye. Aku ni keding and takmau la menipu cakap kena gigit semut tapi janganlah risau dia sakit yang bearable and kau boleh tahan. Injection dose kedua lagi sakit berbanding dose pertama sampai doktor cakap waktu second injection "Muscle awak sampai kecut bila kene cucuk". Tergelak jap aku hahaha dia kecut sebab bukan aku takut tapi sebab memang lagi sakit dari first dose.
Btw, aku type ni sebenarnya aku baru second dose petang tadi. Kiranya second dose aku 9/8/2021 dekat klinik yang sama. Macam biasalah cucuk kejap nak tunggu nama dipanggil untuk briefing tu yang lama. 1:30 aku cucuk pukul 2:15 baru aku settle.
Side effect second dose tak seteruk first dose. Itu yang aku happy. Second dose ni aku cuma cirit-birit je. Demam and badan "nyanyuk" macam first dose tu takde. Aku okay je melainkan asyiklah berulang ke tandas.
Pesanan aku untuk readers and masyarakat Malaysia, jomlah sama-sama jaga nyawa kita dan orang sekeliling dengan pengambilan vaksin. Hentikanlah stigma negatif contohnya "Vaksin pun boleh dijangkiti Covid-19 jugak so buat apa ambil vaksin!" tapi rata-rata rakyat yang dah vaksin dia survive and kalau infected pun gejala takkan teruk dan susah nak capai Covid-19 stage 4-5. Usually yang dah vaksin after stage 1-3 dah sembuh. Rata-rata yang meninggal adalah mereka yang unvaccinated. Even our Director General of Health Malaysia pun declared this pendamic is "the pandemic of the unvaccinated"
Semua vaksin tak mampu nak cegah penyakit tapi if kalau kita dijangkiti, percentage untuk survive sangat tinggi and boleh cure.
VAKSIN BUKAN UBAT TAPI TINGKATKAN IMUNISASI
"Antibodi Kuat Virus pun Tak Larat"
"Antibodi Kuat Virus pun Tak Larat"

Sama.. guna trick tu jugak nak dapat tarikh vaksinasi!! :D
ReplyDeletewow dapat vaccine type apatu?
Deletegood sharing!
ReplyDeleteGlad to hear that! 😊
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete